MUHASABAH DIRI! : PESANAN ASSYAHID HASAN AL BANNA KEPADA KITA!



Salam semua,
Adakah anda tahu siapa "As-Syahid Imam Hasan Al Banna"?
Jom kita kenali "As-Syahid Imam Hasan Al Banna" yang merupakan seorang mujaddid di abad ini gugur Syahid di Mesir. 


***Al-Fatihah***


Latar Belakang Ringkas "As-Syahid Imam Hasan Al Banna."
Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. 





10 PESANAN AS-SYAHID HASAN AL BANNA SEORANG MUJADDID DI ABAD INI GUGUR SYAHID DI MESIR KEPADA UMAT ISLAM;


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Semoga Allah merahmati Roh As-Syahid Imam Hasan Al Banna dan ditempatkan bersama Roh-Roh orang yang beriman. 


***Ameenn*** 






P/S: "SHARE" KEPADA SEMUA UMAT ISLAM JIKA ANDA INGIN "MELABUR SAHAM" UNTUK AKHIRAT KELAK! 




SYUKRAN JAZILAN! :)



Sponsored $