Anak Derhaka Menempah Neraka

Dunia hari ini di paparkan dengan bebagai bencana dan musibah.Ini termasuklah penderhakaan anak terhadap ibubapa.

Contoh: Seorang anak yang berpendidikan tinggi di luar negara tergamak memukul bapanya yang baru menjalani rawatan jantung kerana hajatnya untuk mendapat RM 1 juta tidak di tunaikan.Ini gambaran dosa-dosa besar.

Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari)

Di sini jelas dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)Dengan ini Islam mengajar manusia agar sentiasa mengembirakan ibubapa lebih-lebih lagi ibubapa dalam usia lanjut selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak dan anak tidak bersikap kasar pada ibubapa:

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Bila Allah menerangkan teras keimanan dengan Allah sahaja yang layak dijadikan Tuhan tiada sekutu bagiNya dan mengesa dalam ibadat.Maka tangga kedua selepas tahuid ialah berbuat baik kepada ibubapa.Kedudukan ibubapa penting kerana kebaikan dalam ajaran Islam.


Dalam Al-Quran terdapat 5x menyebut IHSAN(berbuat baik)Bila disebut berbuat baik ialah melakukan sesuatu dengan mengembira samada rohani atau jasmani.

Firman Allah Taala:


Maksud:
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".


Perintah menyuruh anak supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa:

1-Ibubapa bersusah payah membela dan memeliharanya dengan menumpah kasih sayang serta berusaha memberi kesenangan dan menghindari dari bahaya.Maka bagi si anak kebaikan di balas dengan kebaikan malah berbakti kepada keduanya lebih dari pemberiannya pada anak.

2- Anak adalah sebahagian daripada darah daging ibubapa dan dengan ini antara anak dengan ibu bapa tidak dapat di pisahkan.

3- Ibu bapa banyak memberi nikmat dan kesenangan semasa anak kecil,lemah,semua itu sebagai hutang.Maka bila besar selayaknya membayar pula walaupun ibubapa tidak mengharap balasan.


Ihsan terbahagi 2:

a-Ihsan jasmani
b-Ihsan rohani

Ihsan jasmani dengan anak memberi nafkah pada ibu bapa yang lemah termasuk makan minum dan tempat tinggal sekiranya anak berkemampuan

Ihsan rohani ialah mengembira hati ibubapa dengan melakukan kebajikan dan ia ibadat yang tidak kira masa.Tidak semestinya hari ibu atau hari bapa.
Kita tidak boleh mengikut budaya barat yang menyambut HARI IBU @ BAPA kerana ia adalah adat bukan ibadat melainkan kebajikan yang anak lakukan jatuh pada hari ibubapa kerana ada kelapangan.


Tanggungjawab anak kepada ibubapa:

1- Hendaklah berkata-kata kepada ibubapa dengan kata-kata sopan,hormat dan berbudi bahasa yang halus.

2- Gaya si anak di hadapan ibubapa sentiasa merendah diri,penuh hormat seumpama seekor burung mengembangkan kedua-dua sayapnya untuk melindungi anaknya.Gambaran ini anak melindungi ibubapa bila ibubapa sudah lanjut usia dan wajib taat kecuali dalam perkara maksiat.

3 - Adalah menjadi bakti seorang anak mendoa mereka supaya Allah mengurnia nikmat dan rahmat selama hidup.Suruhan mendoa sekiranya ibubapa Islam dan di harus mendoa ibubapa walaupun kafir jika doa memohan kepada Allah memberi hidayat dan petunjuk agar kedua ibubapa memeluk Islam.

4- Tidak memotong percakapan mereka ketika mereka sedang bercakap

5- Meminta izin untuk keluar kerana urusan luar supaya mereka tidak risau kehadiran anaknya balik


Kelebihan berbakti kepada Ibu bapa:

1-Riwayat:Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW untuk membenarkan Rasulullah berperang bersamanya,maka sabda Rasulullah:
"Adakah kedua-dua ibu bapamu masih hidup?Dia menjawab,ya.Nabi bersabda:Maka kepada kedua-duanyalah hendaknya engkau berjihad"

2-Riwayat Imam Muslim,Nabi sabda:
"Tidak dapat anak membalas jasa bapanya,melainkan jika ia mendapatkannya menjadi hamba sahaya lalu dibelinya serta dimerdekakannya".

3-Jasa ibu kepada anaknya besar dan amat di tuntut anak berbakti kepada ibunya.Sebab dengan berbakti pada ibubapa di masukkan ke dalam syurga
Sabda Nabi:

"Syurga di bawah tapak kaki ibu".

4-Namun begitu tidak pula mengurangkan kelebihan seorang ayah.Nabi bersabda:

"Bapa merupakan pertengahan pintu syurga,oleh sebab itu peliharalah dia kalau engkau suka atau engkau persia-siakan pula ia?

5-Tindak tanduk manusia kepada Allah di ukur dengan perilaku kepada ibubapanya.Sabda Rasulullah SAW:


"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"

6-Kebaktian pada ibubapa bukan sahaja di dunia bahkan sesudah mereka meninggal.Empat perkara yang terus menerus berbakti anak kepada ibubapanya:

a- Menyembahyangkan kedua-duanya

b- Memohon ampun kedua-duanya

c- Melaksanakan apa yang menjadi tanggungan kedua-duanya.

d-Menghormati sahabat keduanya,menghubung silaturahim yang tidak ada hubungan melainkan disebabkan kedua-duanya dahulu menghubungkan.


Ciri-ciri Anak Derhaka:

1- Melahirkan kata-kata tidak sopan walaupun hanya menutur perkata "cih" kepada ibubapa kerana amalan demikian merendahkan kehormatan mereka dan menyebabkan hati mereka sakit

2-Menengking dan mengasari kedua mereka.Kalau "cih"melahirkan rasa tidak senang hati di larang,maka menengking adalah penentangan atau melawan lebih-lebih lagi di larang

3- Memanggil namanya dengan mengeras suara melebihi suara ibubapa dan membeliakkan mata.

4- Memandang rendah terhadap mereka ketika bercakap

5-Berasa malu untuk diperkenal pada ibubapa terutama apabila si anak mermiliki kedudukan tinggi.

6-Enggan bangun untuk menghormati ibu bapa.

Menjaga ibubapa yang sudah tua bukan mudah.Bila usia ibubapa lanjut menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada yang memerlukan bantuan dari anak.Ada sesetengah ibubapa yang sensitif,kuat terasa hati dan cerewet.

Ada sesetengah ibubapa yang kurang ingatan(lemah ingatan) menyebabkan anaknya hilang sabar.Namun begitu kesabaran anak menjaga ibubapa tidak sia-sia walaupun dalam berbagai suasana,sebenarnya anak-anak menempah tiket ke syurga kerana hendak masuk syurga penuh dengan ranjau dan kesukaran.


Siksa bagi anak derhaka kepada ibubapa:

Nabi mencela anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sudah lanjut usia namun masih tidak dapat memasuki syurga.Sabdanya bermaksud:"Sungguh hina,sungguh hina,sungguh hina.Nabi di tanya;"Siapakah wahai Rasulullah?"Nabi menjawab;"Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua,samada salah seorang atau kedua-duanya kemudian dia tidak memasuki syurga."(Riwayat Muslim)

Berhati-hatilah bagi anak yang perrnah melukakan hati ibubapa mereka kerana ia haram di sisi Allah dan di hina di dunia dan akhirat. Dan Allah mempercepat balasan-Nya di dunia.
Jangan kerana perbuatan anak menyebabkan mendoakan keburukan terhadap anak.Nabi pernah bersabda:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi,doa orang yang dizalimi,doa orang yang sedang dalam perjalanan(musafir)dan doa orang tua ke atas anaknya.'-Riwayat Imam Al-Tirmizi.

Berpandukan hadis di atas,sikap biadap pada ibubapa bertentangan dengan budaya orang melayu yang terkenal dengan tatasusila tinggi serta lemah lembut.Penduduk sekeliling perlu menghukum anak yang menzalimi orang tua dalam urusan seharian agar perbuatan anak tidak di terima masyarakat.Jangan berlembut dengan mereka kerana mungkin ia akan menzalimi jiran tetangga pula.


Kesimpulannya:
Secara realiti,setiap manusia sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan,namun seseorang itu harus menebusnya daripada menerus perbuatan tersebut dengan benar-benar bertaubat kepada Allah.

Sponsored $