Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia
disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah
haji. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para
jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang
tidak berkesempatan untuk menunaikan haji disunatkan untuk berpuasa pada hari
Arafah. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun
yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata,
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari
`Arafah, kemudian Baginda menjawab:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa
setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang
disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan
Dzulhijjah. [baca
sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi
sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ
الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ
الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ
اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ
خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad
di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak
dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ
أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa
sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari
tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan
taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi
kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
Rujukan:
- Riyadh
as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan
bulan Dzulhijjah.
- Al-Fiqhu
al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat